KITAR SEMULA!!!
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEill_ezoZKhuaqD3ZiTo4eYzYnbBsMyKV0H_gfUBGluaBGmxUkcoAsYy35EsVvgjGtzkhyVHnlZVKMsAzbj5wwkdHdWGx_TUaKTVDWQqaFwWkFQuYzH8bg_thq8WBLk5qs2vMM_27pqu6g/s320/nknk.png)
DEFINISI KITAR SEMULA!!! Kitar semula adalah penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi. MENGAPAKAH PENGGUNAAN SEMULA SANGAT PENTING? Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO 2 ...