Pakaian Tradisional Melayu-Baju Kurung dan Baju Melayu
BAJU KURUNG
Baju kurung merupakan pakaian tradisi
masyarakat Melayu dan dipakai oleh perempuan dan lelaki. Perbezaannya terletak
di bahagian kocek, iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan
mempunyai satu kocek. Namun begitu, isitilah baju kurung lebih sinonim dengan
kaum perempuan manakala baju Melayu dikhaskan untuk lelaki.
Penggunaan perkataan 'kurung' itu
sendiri membawa maksud 'mengurung atau menutup' anggota
tubuh. Jadi pakaian ini sangat menepati konsep pakaian cara Melayu selepas kedatangan
Islam. Istilah 'baju kurung' diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar,
labuh serta panjang.
Baju Kurung Teluk Belanga
Baju kurung Teluk Belanga juga dikenal
sebagai baju kurung Johor. Berdasarkan sejarah, baju ini dipakai pada zaman
pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di
Teluk Belanga, Singapura sekitar tahun 1800-an.
Baju kurung Teluk Belanga adalah labuh
dan potongannya longgar kerana bahagian di rusuknya berpesak dan di bawah
lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan belahan diletakkan
di bahagian hadapan. Di sekeliling bahagian tebukan lubang leher itu, jahitan
tulang belut dikenakan bagi mengemas dan memperkukuhkan jahitan di bahagian
leher.
Baju kurung Teluk Belanga dijahit
labuh hingga ke paras lutut dengan satu poket di sisi ataupun tanpa poket. Ia
juga dipadankan dengan kain sama ada kain batik, kain songket atau sutera. Kain
ini diikat dengan ikatan bernama ‘ombak mengaluri’ iaitu
lipatan-lipatan yang terletak di bahagian rusuk kanan atau kiri.
Baju Kurung Cekak Musang
Baju kurung Cekak Musang adalah serupa dengan Baju kurung Teluk Belanga
kecuali pada bahagian lehernya sahaja. Leher baju jenis ini mempunyai kolar.
Kolar tersebut dijahit selebar satu jari dan kedudukannya adalah dalam keadaan
menegak. Bukaan panjang yang berkancing diletakkan di hadapan bahagian kolar.
Kebiasaannya, satu kancing diletakkan di kolar manakala dua atau tiga kancing
diletakkan pada bukaannya. Baju kurung Cekak Musang boleh dipakai sama ada
dengan seluar atau kain sarung
Baju Kurung Kedah
Baju kurung Kedah dipercayai berasal
dari Selatan Thailand. Baju ini direka berbentuk potongan bujur sireh di
bahagian lehernya. Ia dipakai oleh kaum perempuan sebagai pakaian harian di
rumah.
Baju kurung Kedah selalunya dperbuat
daripada fabrik kapas yang berbunga-bunga kecil ataupun kain nipis yang jarang
dan keras. Pakaian ini sesuai dipadankan dengan kain batik sarung atau kain
pelikat.
Baju Melayu
Baju Melayu adalah pakaian tradisional
bagi kaum lelaki Melayu. Baju Melayu terdiri daripada dua bahagian penting,
iaitu bahagian baju (berlengan panjang) dan bahagian seluar. Kedua-dua bahagian
ini diperbuat daripada fabrik yang sama. Kebiasaannya, baju Melayu menggunakan
fabrik kapas atau campuran polyester dan kapas.
Terdapat dua jenis baju Melayu yang
biasa dipakai oleh golongan lelaki, iaitu baju Melayu Teluk Belanga dan Baju
Melayu Cekak Musang. Baju Melayu Teluk Belanga lebih sinonim dengan masyarakat
Melayu di selatan Malaysia sementara baju Melayu Cekak Musang lebih terkenal di
kawasan tengah dan utara Malaysia.
Perbezaan
kedua-dua jenis baju Melayu ini adalah dari segi cara jahitan pada leher baju
tersebut. Bagi baju Melayu Cekak Musang, potongan lehernya seperti leher baju
masyarakat India, iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan.
Sementara, potongan leher baju Melayu Teluk Belanga pula dijahit secara
sulaman. Terdapat pelbagai bentuk sulaman yang dipadankan di leher baju ini
seperti jahitan mata lalat dan jahitan tulang belut.
Baju
Melayu tidak lengkap jika tidak dipakai dengan ‘sampin’ (juga
dikenal sebagai ‘samping’). Cara memakai sampan
bagi kedua-dua jenis baju ini juga berbeza. Bagi baju Melayu Teluk Belanga,
sampan akan dipakai di luar baju manakala untuuk baju Melayu Cekak Musang, baju
dimasukkan ke dalam sampin.
Baju Melayu biasanya dipakai oleh kaum
lelaki semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga
bagi menunaikan sembahyang Jumaat. Selain itu, ia juga amat sesuai dipakai pada
hari raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai baju Melayu kelihatan lebih
berseri apabila mengenakan sampin dan songkok. Pada acara-acara biasa seperti
kenduri-kendara dan sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelikat atau
seluar panjang.
Baju Melayu Teluk Belanga
Pada asasnya, baju Melayu Teluk
Belanga adalah sama dengan baju kurung Teluk Belanga. Namun begitu, terdapat
sedikit perbezaan dari segi ukuran baju tersebut. Baju Melayu Teluk Belanga
dijahit labuh separas punggung manakala alas lehernya lebar dan baju jenis ini
mempunyai tiga bahagian poket, iaitu di dada kiri serta di bahagian bawah
kedua-dua belah baju (kiri dan kanan). Ia biasanya dipakai dengan seluar
panjang sama ada seluar Acheh atau seluar panjut.
Baju Melayu Cekak Musang
Istilah ini berhubung langsung dengan
pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’
tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak
musang’ merakamkan imej yang direka untuk leher baju yang
bercekak tinggi berdiri (2.5 cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh
lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju
ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu
Bakar.
Baju
Melayu Cekak Musang biasanya dipakai dengan seluar dan sampin. Aksesori seperti
songkok dan tanjak dapat menambahkan kesegakan golongan lelaki yang memakainya.
The Tritanium Block - Titanium blocks
ReplyDeleteIn nano titanium ionic straightening iron this paper titanium wedding bands we grade 23 titanium present price of titanium a welding titanium complete
e928z7lvwec257 sex doll,dildos,glass dildos,dildos,sex toys,dog dildo,dildos,realistic dildo,realistic dildo c717i9urzqz626
ReplyDeletea017b2qlsmd353 Rabbit Vibrators,wolf dildo,strap on vibrator,dog dildo,penis sleeves,horse dildo,realistic vibrators,dildos,dildos a051h6oniuo780
ReplyDelete