Pakaian Tradisional Melayu-Baju Kurung dan Baju Melayu
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeG-UyLzd-ytbwgvAarFPop76XAmclvy8irgWzPbWG223hnrF9FxomQOS3tNvDWBpNz-t4o5tfYrGYWLWHvBa1cV8BNR3nPgsNQ-B9rcudJdagHEshdYR2c3PaXdfdW-eY6nbmca-xpjc/s1600/telukbelangabl7.jpg)
BAJU KURUNG Baju kurung merupakan pakaian tradisi masyarakat Melayu dan dipakai oleh perempuan dan lelaki. Perbezaannya terletak di bahagian kocek, iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek. Namun begitu, isitilah baju kurung lebih sinonim dengan kaum perempuan manakala baju Melayu dikhaskan untuk lelaki. Penggunaan perkataan 'kurung' itu sendiri membawa maksud 'mengurung atau menutup' anggota tubuh. Jadi pakaian ini sangat menepati konsep pakaian cara Melayu selepas kedatangan Islam. Istilah 'baju kurung' diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh serta panjang. Baju Kurung Teluk Belanga Baju kurung Teluk Belanga juga dikenal sebagai baju kurung Johor. Berdasarkan sejarah, baju ini dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura sekitar tahun 1800-an. Baju kurung Teluk Belanga adalah labuh dan potongannya longgar kerana ba...