Posts

Featured post

KITAR SEMULA!!!

Image
DEFINISI KITAR SEMULA!!! Kitar semula adalah penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi. MENGAPAKAH PENGGUNAAN SEMULA SANGAT PENTING? Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO 2

Pakaian Tradisional Melayu-Baju Kurung dan Baju Melayu

Image
BAJU KURUNG Baju kurung merupakan pakaian tradisi masyarakat Melayu dan dipakai oleh perempuan dan lelaki. Perbezaannya terletak di bahagian kocek, iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek. Namun begitu, isitilah baju kurung lebih sinonim dengan kaum perempuan manakala baju Melayu dikhaskan untuk lelaki. Penggunaan perkataan 'kurung' itu sendiri membawa maksud 'mengurung atau menutup' anggota tubuh. Jadi pakaian ini sangat menepati konsep pakaian cara Melayu selepas kedatangan Islam. Istilah 'baju kurung' diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh serta panjang. Baju Kurung Teluk Belanga Baju kurung Teluk Belanga juga dikenal sebagai baju kurung Johor. Berdasarkan sejarah, baju ini dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura sekitar tahun 1800-an. Baju kurung Teluk Belanga adalah labuh dan potongannya longgar kerana ba