KITAR SEMULA!!!

DEFINISI KITAR SEMULA!!!

Kitar semula adalah penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.

MENGAPAKAH PENGGUNAAN SEMULA SANGAT PENTING?

Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera dapat dikurangkan. Kelebihan-kelebihan penggunaan semula adalah: 



·         Pemeliharaan sumber semula jadiSisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.

·         Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya.
Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.

·         Menjimatkan kos
Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan pengguna-pengguna individu.



·         Perniagaan sektor industri. Juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah.




·         Pengguna. Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada pengurangan sumber. Membeli barang secara pukal, dengan pembungkusan yang kurang atau yang boleh digunakan semula dengan kerap membawa kepada penjimatan kos. Apa yang baik untuk alam sekitar juga baik untuk poket anda! Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. 

Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

AMALAN 3R DI RUMAH


Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.

Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

Reduce – Pengurangan
1.    Hanya beli apa yang diperlukan:Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
2.    Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
3.    Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
4.    Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
5.    Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
6.    Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
7.    Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

Reuse – Guna Semula
1.    Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
2.    Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
3.    Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
4.    Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
5.    Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
6.    Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
7.    Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula

·          Kitar semula di rumah:
o    Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
o    Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
o    Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
·         Mengitar semula di laman anda:
o    Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
o    Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
·         Mengitar semula di sesebuah komuniti:
o    Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
o    Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
o    Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.



Apakah yang tidak boleh dikitar semula?

            Kertas
              Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makanan 

              Pinggan kertas yang telah dicemari 
              Tisu 
              Kertas karbon 
              Lampin 
              Kertas disaluti lilin/plastik 
              Bekas makanan beku 
              Tuala 
            Aluminium
              Tin aerosol 
              Tin cat 
              Penggantung baju 
              Bahan perubatan 
              Penapis minyak 

            Kaca
              Gelas minum 
              Kaca tingkap 
              Cermin Mentol 
              Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta 
              Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware 
              Botol legap putih 
              Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan 
              perubatan 
              Cermin muka, kristal, seramik 
            Plastik
              Bekas plastik yang ada sisa minyak, racun serangga atau 
              bahan-bahan beracun 
              Styrofoam 
              Bagaimana aluminium dikitar semula?

              Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu 
              direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula. 
              Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing. 

              Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk 
              menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium 
              menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula 
              barangan lain seperti kertas.



 Bagaimana untuk melaksanakan kitar semula?


                        Pemungutan Sampah 
                        Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengasingkan 
                        sampah-sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak 
                        boleh dikitar semula. Pemungut sampah akan tahu apa yang 
                        akan dilakukan seterusnya. 
                        Pusat Pengumpulan / Pusat kitar semula 
                        Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula ini 
                        adalah dengan hanya menghantar barangan yang dikumpulkan 
                        untuk 
                        kitar semula ke pusat kitar semula yang terdapat di 
                        seluruh negara. Proses yang lain akan dijalankan oleh 
                        pihak-pihak tertentu. 
                        Di sinilah tempat di mana anda boleh membawa sejumlah 
                        besar barangan yang boleh dikitar semula. Selain 
                        daripada pengumpulan barang-barang yang dikitar semula, 
                        terdapat juga pusat-pusat jualan yang dibuka untuk 
                        membeli barangan terpakai, dan ini dikendalikan oleh 
                        beberapa NGO yang membantu mempromosikan program kitar 
                        semula ini. 
                        



Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisional Melayu-Baju Kurung dan Baju Melayu